Crown Princess

Crown Princess
kerajaan Dayuan



... Rombongan besar tiba di ibukota Dayuan, semua mata memandang dengan kagum pada kemewahan rombongan itu namun ada juga tidak menyukai rombongan itu kerana tahu itu milik kerajaan Daxian yang telah berperang dengan kerajaan Dayuan selama 7 Abad lamanya......


... (Gerbang istana kerajaan Dayuan)...


..."Kerajaan ini sama megahnya seperti Daxian kita untungnya tidak seburuk yang aku fikirkan" kataku pada Huayan iaitu pengawal ku juga satu-satunya kawan yang aku punya,...


..."Jangan senang dulu tembok megah bukan bermaksud selamat di dalamnya" kata Huayan, ...


...Kami pun masuk ke istana, kerana kereta kuda tidak dibenarkan masuk ke dalam istana kami perlu berjalan sendiri, yaa aula utama yang berada di atas itu sangat tinggi menaiki ratusan tangga sangat mencabar lagi-lagi dengan pakaian ku yang panjang dan berat sangat membebani aku tapi Huayan dengan sabar menahan keseimbangan aku,...


...Jujur saja sepatutnya kami boleh menaiki Tandu ke atas tapi itu bukanlah sesuatu yang harus di sediakan pengantin perempuan namun pengantin lelaki yang harus menyiapkan itu, sangat terlihat kedatangan kami tidak dialu-alukan, ...


..."Sebagai orang yang kalah dalam peperangan mereka sangat tidak malu!" Kata Yang Yue iaitu pelayanku,...


..."Hanya ada 3 orang yang mahu mempersulitkan kita di sini dan itu hanya kemungkinan saja" kataku,...


..."Siapa 3 orang itu ?" Tanya Huayan,...


..."Aku dengar permaisuri tidak menyukai Putera Mahkota, Putera Mahkota tidak menyetujui perkahwinan ini dengan rela hati, dan Putera keempat selalu merumitkan Putera Mahkota" kataku,...


... Akhirnya kami sampai di hadapan aula, ramai orang sudah berkumpul di istana, Maharaja Yuan dan permaisuri Wu duduk di singgahsana dengan sangat percaya diri, seketika aku bingung aku datang ke sini untuk perdamaian aku aku datang sebagai tawanan, mereka sangat, sangat dan sangat sombong pantas saja tahun demi tahun ekonomi mereka merosot,...


... "Ketibaan Puteri Hua Mei.." pengumuman ketibaan aku diumumkan, semua mata pun menatap ku,...


...Aku masuk ke dalam aula dengan percaya diri dan elegan, aku perlu menunjukkan kehormatan aku sebagai puteri juga sebagai anak seorang tokoh hebat,...


..."Patik memberi hormat kepada Tuanku Maharaja Yuan dan permaisuri Wu" kataku sambil menundukkan kepala,...


..."Seperti yang dikatakan orang-orang, Puteri Hua Mei sangat cantik seperti bunga yang mekar dan sangat manis seperti buah, putih seperti salji sopan layaknya bangsawan" kata Maharaja Yuan,...


..."Tuanku terlalu memuji patik, patik merasa tersanjung" kataku sambil tersenyum lembut,...


..."Perjalanan yang jauh pasti melelahkan, sila nikmatilah perjamuan yang kami sediakan jika ada kekurangan harap Tuan puteri dapat memakluminya" kata Maharaja Yuan,...


..."Baiklah, terima kasih atas kebaikan tuanku" kataku dan duduk di meja kosong sebelah Maharaja,...


...Kami hanya bersulang beberapa kali setelah itu saling mengabaikan, entah kenapa suasana istana terasa aneh, seorang putera bergelar biasa saja dikerumuni untuk diajak minum manakala seorang putera mahkota yang Bakal menjadi raja di abaikan, perlakuan itu sangat tidak sopan tapi bagaimana dia boleh biarkan saja,...


...Kepala ku pening penglihatan aku buram, aku tak tahu apa yang terjadi, aku menarik tangan Yang Yue,...


..."Ka... kacang" kataku dengan lemah...


..."Bukkk!!"...


..."Tuan puteri!!!!" Jerit Yang Yue dan Huayan,...


...Maharaja Yuan berdiri terkejut melihatku tiba-tiba jatuh pengsan, baginda pun terus berjalan ke arahku dengan terkejut,...


..."Kacang! Bagaimana mungkin kuih bunga dicampur kacang! Apa kamu mahu membunuh Tuan puteri kami!" Marah Yang Yue,...


..."Jangan keterlaluan atas dasar apa seorang pelayan layak membentak seorang Raja!" Kata orang-orang yang berkumpul,...


..."Jangan berdebat lagi! Panggil tabib!" Kata Maharaja Yuan,...


... Beberapa waktu kemudian......


..."Tuan puteri Hua Mei mempunyai alergi terhadap kacang, ini alergi parah yang boleh meragut nyawa, patik sudah memberikannya ubat hanya berehat beberapa hari kondisinya akan membaik" kata tabib,...


..."Baiklah terima kasih tuan tabib boleh undur diri" kata Maharaja Yuan,...


..."Saya akan hantar tuan keluar" kata Huayan dan berlalu pergi,...


..."Kami tahu Tuan puteri mempunyai alergi terhadap kacang sebab itu kami sengaja menyediakan makanan tanpa kacang, siapa sangka seseorang akan sengaja meletakkan kacang dalam kuih bunga" kata Maharaja Yuan,...


..."Seseorang cuba membunuh patik, itu bukan salah Tuanku" kataku dengan lemah,...


..."Seminggu kemudian acara perkahwinan akan dilaksanakan Tuan puteri berehatlah dengan baik" kata Maharaja Yuan,...


...Semua pun keluar daripada bilik meninggalkan aku, Huayan, Yang Yue, putera mahkota dan selirnya....