HANIFIFI

HANIFIFI
BAB 6



"KAK ROSE! "


Terlajak tolak pintu pejabat Kak Rose sampai berdentum bunyi pintu itu berlanggar dengan dinding.


"Ya Allah, Fifi. Terkejut akak. Boleh kena sakit jantung. " Kak Rose sudah mula duduk bersandar di kerusi sambil mengurut dada.


"Kenapa awal pagi lagi dah cari Kak Rose? Dah breakfast belum ni? "


"Belum breakfast lagi. Kak Rose boleh tak tolong cari fail peribadi maklumat staf? "


"Fail siapa? "


"Fail Fifi. Fifi nak tengok. Lepas breakfast Fifi datang sini semula." Penuh harapan aku pandang Kak Rose.


"Tak payah datang lepas breakfast. Nah. " Terus Kak Rose capai satu fail colour biru atas meja dan dihulur padaku. Aku sambut dengan senyuman lebar.


"Laju. " Usikku.


"Kenapa semua orang sibuk nak tengok fail Fifi? " Bulat mataku mendengar rungutan Kak Rose.


"Siapa nak tengok? " Rasa macam tangan dah ketar.


"Encik Hanif dah mintak akak cari minggu lepas. Sebab tu fail Fifi ada kat atas meja." Macam mana nak gambarkan perasaan aku sekarang? Perasaan nak menjerit aku tahan.


"Dia dah tengok ke? " Janganlah dia tengok.


DAMN!


"Maksud akak dia dah buka fail saya? Dia dah baca? " Soalan standard bila otak cuba tak nak faham penjelasan Kak Rose tadi yang Hanif dah tengok fail aku.


"Ya. Dia baca sekejap saja. Lepas tu terus keluar. "


"Bila? "


"Awal pagi tadi. "


Otakku ligat berfikir. Dahlah lepas ni nak pergi breakfast dengan dia. Agak² kalau aku cancel boleh mengamuk tak lelaki tu?


"Kenapa akak bagi dia tengok? Bukan ke semua ni private dan confidential? " Soal aku tak puas hati.


"Sebab dia Encik Hanif. " Kak Rose senyum senget. Aku ketap bibir. Apa sebab dia anak big boss dia boleh dapat semua yang dia nak?


"Biasa² saja. Fifi jangan risaulah. Dia bukan nak report prestasi kerja Fifi ke apa. Dia cuma nak kenal² dengan staf main office. " Kalaulah fikiran aku boleh positif macam Kak Rose? Kalaulah.


Aku buka fail peribadi aku dan membaca borang maklumat staf. Di bahagian educational background tercatat elok nama sekolah aku. Ya, sekolah aku menjadi tempat di mana Hanif turut menuntut ilmu dulu.


*What's next?


**Mati aku***!