HANIFIFI

HANIFIFI
BAB 4



"Encik Hanif betul ke Cik Naurah kena serang dengan perompak?" Pedih mata aku tak berkelip tunggu jawapan dia. Tapi dia pula hanya diam memandangku.


"Jawablah soalan saya. " Desakku geram. Hanif pula bertindak mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar dia. Sapu tangan?


"Jangan menangis Fi. " Dia hulur sapu tangan padaku. Aku undur satu langkah ke belakang. Cepat² aku sapu wajah dengan tanganku.


"Semua salah saya. Tadi Cik Naurah ada ajak saya turun tapi saya biarkan dia turun seorang sebab nak siapkan kerja. Kalau saya pergi dengan dia mesti benda ni takkan berlaku. " Sesak nafas aku fikirkan keadaan Cik Naurah sekarang.


Hanif menggeleng.


"Cik Naurah okey. Nasib baik ada OM. OM dah belasah perompak tu. " Penjelasan Hanif betul² buat aku lega.


"Ya Allah syukur ada OM. "


Aku senyum. Hanif juga turut tersenyum.


"Sebut nama OM terus awak senyum. " Komen Hanif buat senyuman aku mati.


"Fi... " Langkah aku terhenti. Kenapa dia tak boleh sebut 'Fi'tu dua kali? Barulah bunyi jadi Fifi. Dia sebut sekali buatkan bunyinya lembut semacam.


Macam biasa aku tarik nafas dan buat muka tak ada perasaan.


"Ya? "


"You too. Be careful. Jangan turun parking lot seorang diri. Kalau tak ada teman boleh minta tolong saya. "


Pelik. Sungguh pelik suasana yang menyelubungi ruang tangga tingkat dua sekarang. Dia suruh aku minta tolong dari dia?


"Okey. " Sepatah perkataan itu sahaja yang aku rasa wajar aku jawab.


"Minta tolong saya dulu tau. Lepas tu baru OM. "


Untuk statement tu aku hadiahkan dia jelingan. Malas melayan perangai dia yang pelik aku tolak pintu. Aku cuba pekakkan telinga mendengar dia ketawa. Entah apa benda yang lawaknya.