
Dalam sekelip mata, warga Hotel sekarang kecoh dengan kehadiran orang baru dan pastinya orang baru yang menjadi buah mulut sekarang adalah Hanif.
Hanif anak Datuk Kamal, Hanif yang humble, Hanif yang friendly, Hanif yang baik. Boleh dikatakan semua bergosip yang elok elok sahaja pasal Hanif. Itu bab bergosip, tak dikira lagi dengan bab mengintai. Ada juga yang saja\-saja beralasan naik office semata\-mata nak skodeng anak teruna Datuk Kamal.
Bukan kata Hanif sahaja yang penat melayan orang yang berminat nak kenal dia, aku pun turut penat menadah soalan.
'Encik Hanif okey tak kerja kat main office?'
'Encik Hanif ada tegur kau tak?'
'Encik Hanif pakai kemeja colour apa hari ini?'
'Encik Hanif handsome tak hari ini?'
'Encik Hanif stres Tak kerja bawah OM?'
Surut sekejap populariti OM disebabkan penangan 'Encik Hanif'.
"Fifi macam mana kau kerja dengan Encik Hanif? Betul ke dia tu tip top macam yang staff lain duk gosip?" riuh benar mulut Marisa yang konon\-konon nya pemalu bak perempuan Melayu terakhir tu. Terakhirlah sangat.
"Aku tak kerja dengan dialah." Aku mencebik. Dah beratus kali perkataan 'Hanif' masuk ke telinga aku hari ini.
"Memanglah kau tak kerja dengan dia tapi kau satu offfice dengan dia, kan?" tembak Marisa tidak puas hati.
Aku dah garu kepala. Seksanya hidup aku sekarang. Kenapalah dia tu tiba-tiba buat keputusan nak balik Malaysia? Kenapa tak menetap terus dekat UK tu?
"Bolehlah. So so..." Aku buat muka biasa biasa. Malas nak ikut mereka teruja.
"Hai, macam ada yang tak puas hati aje? "Kak Maria mula buat soalan curiga.
"Siapa?" Aku buat\-buat tak faham.
"Kaulah!" Marisa tunding jari pada aku. Sikit lagi jari dia nak masuk lubang hidung aku. Nasib baik sempat tepis.
"Laaa, apa pula tak puas hati? Dah memang aku nampak dia biasa\-biasa saja nak buat macam mana lagi? Cuba tanya Cik Naurah. "Aku tolak subjek Hanif pada Cik Naurah. Tak larat nak menjawab.
"Betul ke Naurah?" Dua pasang mata dah mula statik kat wajah Cik Naurah.
"Erm, bolehlah." Cik Naurah senyum nipis.
"Jawapan kau tu tak boleh dibuat kira. Tanyalah lelaki mana sekalipun, OM tetap nombor satu di hati kau kan?" Hilang terus senyuman Cik Naurah yang dah sedia nipis tadi.
Yang lain dah tergelak.
"Tapi kan, Akak tengok bagus benar budak Hanif tu. Akak ingatkan kalau namanya anak Datuk ni, yang baru balik dari luar negara pula tu, mestilah kerek semacam."
"Itu anak Datuk versi drama filem Kak. Ini versi realiti. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Bapa borek anak rintik." Marisa dah mula sedekah peribahasa kat Kak Maria. Bila tengok sekarang macam terbalik pula. Terbalik tang mana? Terbalik macam dia orang kerja kat ofis aku dan Cik Naurah kerja dekat bahagian housekeeping dan kitchen.
"Tapi kan, Akak berkenan benar dengan Hanif tu." Kenapa aku tengok pelik benar senyuman Kak Maria.
"Nak buat menantu ke?" aku senyum sinis.
"Gila kau! Anak akak tu kecil lagi tau!" Marah Kak Maria.
"Habis tu nak buat suami?" tanya Marisa pula.
"Gila kau! Akak dah tualah!"
"Gila akak? Akak tu ada suami lagi tau. Bawa mengucap." Cik Naurah tanpa bahu Kak Maria.
"Dah tahu lagi kau nak tanya." Kak Maria hantar jelingan maut
"Weh! Anak Datuk lah weh!" Marisa dah kalut semacam. Sibuk dia membetulkan topi chef dan apronnya. Kak Maria? Selamba tayang senyuman keibuan. Aku? Tak tahu nak pandang celah mana.
"Hai, dah nak balik?" Tegur Hanif. Memang keturunan peramah.
"Ha'ah, dah nak balik ni. Hanif pun?" Cik Naurah volunteer jawab soalan Hanif. Nak harapkan Marisa dengan Kak Maria? Dah macam patung aku tengok. Nak harapkan aku? Jangan haraplah.
"Ya, saya pun dah nak balik ni. Hati-hati pandu kereta. Saya balik dulu." Hanif angkat tangan sebelum melangkah ke keretanya. Kami semua masih senyap melihat Hanif tekan punat kunci kereta dia, tarik pintu kereta, masuk dalam kereta, hidupkan enjin dan keretanya meluncur pergi.
"Handsomenya anak Datuk ni!" Komen pertama daripada Marisa.
"Bukan saja handsome, peramah pulak tu." Komen kedua datang daripada Kak Maria.
"Bila nak balik ni?" Soalku bosan sekaligus mematahkan angan-angan mereka.
"Kau ni Fifi, orang baru nak layan mood." Rungut Marisa.
"Kau nak layan, Kau layan lah sorang-sorang. Orang dah penat ni. Jomlah kita balik Cik Naurah, esok pagi-pagi lagi ada event yang nak kena handle."
"Yalah, jom kita balik."