HANIFIFI

HANIFIFI
BAB 1



"KENAPA lambat? " Aku pandang Cik Naurah atas bawah. Tak pernah dia lambat sebelum ini.


"Jammed dekat jambatan. " Jawab Cik Naurah acuh tak acuh.


"Dah tahu jambatan jammed kenapa tak turun awal²?" Cik Naurah tayang wajah blur bila aku sembur dia macam tu.


"OM mana? Tak nampak pun? " Lain yang aku tanya, lain yang dia jawab.


"OM ada tadi tapi dah keluar. Nampak macam busy. Dengar kata Datuk Kamal pun join jugak briefing pagi ni. " Aku dah mula buka sesi bergosip. Jarang sangat orang atasan turut terlibat dengan briefing, lebih² lagi Datuk Kamal pemilik Hotel Perwira.


"Really? " Terkejut habis wajah Cik Naurah. Sama macam aku, dia pun tak tahu apa².


Tidak lama selepas itu pintu dewan kembali terbuka. Datuk Kamal melangkah masuk diiringi Encik Zafran selaku pengurus besar.


Datuk Kamal memberi ucapan setelah bacaan doa dibaca oleh Haji Harun.


"Saya juga ingin mengambil peluang untuk kenalkan staf yang bakal bersama sama kita mengekalkan nama baik hotel kita. " Enam orang staf baru beratur mengambil tempat di hadapan untuk memperkenalkan diri masing².


Aku gosok mata yang tak gatal. Jauh sangat ke stage kat depan? Wajah setiap staf yang sedang membuat sesi pengenalan diri pun aku nampak tak berapa jelas.


"Assalamualaikum. Nama saya Muhammad Hanif. Saya bakal bertugas di bahagian main office di bawah penyeliaan Encik Fahin. Saya harap kita semua dapat bekerjasama dengan baik. Terima kasih. " Ringkas dan padat sekali ayat pengenalan dirinya.


Nampaknya akan bertambah seorang lagi staf baru di office. Harap² OM kesayangan aku tak bertambah stres dengan kerenah staf baru.


"Comel jugak staf baru yang nak masuk hotel kita tu ya? " Aku berbisik perlahan pada Cik Naurah. Sengaja ajak dia berbual. Comel? Aku pun tak nampak jelas dari sini, manalah tahu Cik Naurah nampak jelas dan boleh komen?


"Ermm... " Aku berpaling melihat Cik Naurah yang masih tayang wajah blur. Matanya seperti tidak fokus. Jiwanya melayang seperti entah ke mana.


"Hai, macam tak ada mood aje menjawab? " Sindirku perlahan. Ini mesti bergaduh dengan OM.


"Nak suruh saya komen apa lagi? " Soal Cik Naurah gaya orang malas bercakap.


"Merajuk lagi ke dengan OM? " Usikku.


"Tolong jangan bagi soalan yang boleh buat saya hilang mood boleh? " Terus berkedut dahi dia. Hilang wajah tak bermaya Cik Naurah bila aku sebut nama OM. Memang kuat daya tarikan antara Cik Naurah dan OM tapi malangnya dua² tak sedar.


"Erm, gaduh lagilah tu. " Aku buat kesimpulan ringkas.


"Kenalkan ini Cik Nur Naurah, pengurus pemasaran Hotel Perwira. Naurah, kenalkan ini Hanif. " Suara OM dah jadi macam perakam suara yang bergema di dalam kepala aku.


Hanif? Aku pandang dia yang sedang tersenyum berbual dengan Cik Naurah. Tak semena mena jantung dah mula berdegup pada tahap tak normal. Nak lari macam dah tak sempat sebab mata yang tersenyum pada Cik Naurah dah berpindah pada aku. Dia masih lagi tersenyum. Automatik aku juga turut senyum.Harap² tak nampak plastik senyuman aku ni.


"Saya Fifi. "


"Hanif. " Dia angguk sambil tersenyum. Aku buang pandang.


"Dah habis semua? " Soalan OM buat aku fokus kembali.


"Dah OM! " Jawabku bersemangat. Entah kenapa OM dah jadi macam idola aku. Tak kisahlah dia ada hubungan atau tidak dengan Cik Naurah, yang penting aku rasa tenang dan bersemangat tengok OM.


"Jadi Fifi boleh bawa Hanif naik office dan tunjukkan tempat dia. " Terus jatuh merudum semangat aku tadi. Alahai OM, aku baru nak sayang dia, dia dah bagi arahan yang buat peratusan sayang aku jatuh.


"Baik OM! Jomlah Hanif. " Lain pulak yang keluar dari mulut aku.


Sumpah aku rasa awkward jalan dengan dia.


"Fifi?" Soalnya sambil menjenguk wajahku. Aku berpaling sekilas.


"Ya? "


"Dah lama kerja kat sini? " Aku tekan butang lif sebelah lobi.


"Adalah dalam tiga tahun. " Jawabku perlahan.


Senyap. Pintu lif terbuka. Aku masuk dan bersandar di tepi butang lif sebelah sana. Keadaan dalam lif? Masih lagi senyap. Nak naik tingkat dua saja pun. Kenapa lama sangat ni?


Apabila pintu lif terbuka di tingkap dua, aku dulu yang keluar dan berjalan ke arah pintu kayu pejabat. Tak sabar nak masuk pejabat. Pandai² lah dia ikut aku.


"Fifi, awak ni memang tak banyak cakap ya? "


Tangan aku tak jadi tolak pintu pejabat. Aku tarik nafas panjang. Buat muka tak ada perasaan dan berpaling melihat dia.


"Ya. " Jawabku sepatah dan terus menolak pintu pejabat. Lantaklah dia nak cakap aku sombong ke apa.