HANIFIFI

HANIFIFI
BAB 3



"Dengar kata semalam ada masalah dengan tempahan klien? " Aku berpaling.


"Encik Hanif buat apa dekat sini? " Tangan aku yang tidak bergerak tadi tiba-tiba sahaja bergerak membuat kerja yang tak perlu dibuat. Gift untuk tetamu yang sudah siap disusun aku susun sekali lagi.


"Tak payahlah panggil saya encik. "


"Kawan saya Cik Naurah pun saya panggil cik. Jadi tak ada masalah kalau saya kekalkan panggilan encik. "


Jawapanku tadi langsung tidak mendapat apa-apa respon. Kenapa dia senyap? Perlahan-lahan aku berpaling ke kanan. Lama Hanif pandang aku. Aku angkat kening.


"Yup, up to you. " Balasnya perlahan.


"Soalan saya tadi kenapa Encik Hanif turun sini?"


Matanya meliar melihat suasana di Dewan Singgahsana yang mula dipenuhi tetamu.


"OM suruh saya turun tengok dewan. Belajar apa yang patut dengan awak."


"OM cakap macam tu? Betul ke? Macam tipu saja. Apa yang aku boleh ajar dia? Dia bukannya budak kecik. Kata kerja lama dekat luar negara? Takkanlah balik sini tiba-tiba otak kosong?


Aku senyum nipis. Teringat betapa kalutnya semalam aku berbalas kata dengan pelanggan yang bajet always right. Nasib baik ada OM.


" Kalau tak sebab OM, susah juga nak settle. He's amazing!" Semangat hinggap di jiwaku sekejap.


"Saya perasan awak selesa kerja dengan OM. Nampak bersemangat kalau bercakap pasal OM. " komen Hanif buat aku semakin tersenyum lebar. Nampak sangat ke aku admire OM? Jangan salah faham aku shok kat OM sudah.


"Bukan dengan OM saja. Dengan semua orang saya okey."


"Ya ke? " Soalannya yang pendek itu memaksa aku berpaling melihatnya. Kenapa bunyi macam sinis?


Tiba² dia letakkan kedua tangannya pada meja di depan dan menundukkan sedikit badannya supaya pandangan kami jadi setara.


"Awak selesa kerja dengan saya? " Soalannya aku tak dapat jawab pakai mulut. Sudahnya aku hanya mengangguk.


Hanif senyum sambil menggeleng. Dia dekatkan wajahnya.


"I don't think so. " Bisiknya perlahan sebelum pergi mendapatkan OM yang baru muncul di pintu dewan. Aku telan air liur. Nampaknya aku kena kawal sedikit perlakuan aku depan dia. Jangan tunjuk sangat perasaan tu Fifi oi.