
"Fifi! " Bergema suara bonda. Terkocoh kocoh aku berlari turun ke tangga. Sandal disarung kelam-kabut. Rasa penat tolak ketepi sebab diri sendiri dan rela tawar diri untuk menolong bonda big boss sempena majlis akad nikah anak saudara big bos malam ni.
"Ada apa bonda?" Susah nak percaya kalau orang cakap bonda baik sebab wajah dia tu betul-betul garang. Tak sama langsung dengan anaknya Datuk Kamal. Apatah lagi cucunya Hanif.
"Dah siap potong bawang? " Soal bonda serius. Aku telan air liur.
"Dah bonda. "
"Bagus, sekarang pergi tolong Hanif basuh ayam. "
Aku melopong. Automatik mata menangkap kelibat Hanif yang sedang duduk menghadap besen ayam di tepi telaga. Aku garu kepala.
"Bukan ke Cik Naurah yang patut basuh ayam? " Aku senyum serba salah. Saat itu juga aku nampak Cik Naurah berbalas senyum dengan Hanif. Siap main angkat² kening. Jangan cakap Cik Naurah nak kenakan aku dengan Hanif.
"Bonda nak suruh dia buat kerja lain. Dah, Fifi pergi tolong Hanif sekarang. " Tak pernah aku rasa susah nak angkat kaki berjalan. Impuls saraf cepat-cepat hantar maklumat ke otak. Aku tarik besen lain dan masukkan ayam ke dalam besin. Duduk basuh ayam di sudut lain. Selesai masalah.
Tetapi sekejap saja aku tenang sebab tiba-tiba Hanif datang letak kerusi kecil dia berhadapan dengan aku. Duduk dan basuh ayam. Aku capai semula paha ayam yang terlepas dari tangan tadi disebabkan terkejut dengan kehadiran Hanif yang tiba-tiba.
Mata aku dah tak boleh nak fokus. Tangan dia basuh ayam tapi mata dia?
"Encik Hanif buat apa kat sini? " Aku cuba membunuh suasana yang aku kira boleh membunuh denyutan jantung aku sekarang.
"Fi, kenapa setiap kali jumpa saya, soalan ni saja yang awak tanya? Salah ke kalau saya ada kat sini? Rumah nenek sayakan? " Hanif dah pandang aku lain macam.
///// Malu bertimpa timpa. /////
Betul ke aku asyik tanya dia soalan macam tu?
"Bukan macam tu maksud saya. Kenapa Encik Hanif basuh ayam? Tak jenguk orang pasang khemah kat depan? "
"Malam ni majlis makan² buat atas rumah. Mana ada orang pasang khemah Fi. "
Lagi saham malu aku naik bertimpa timpa. Hanif cuba cover tapi mata aku nampak dia tahan senyum. Rasa macam nak lempar dada ayam ni kat muka dia.
"Fi, awak ada masalah ke bekerja dengan saya? " Aku ketap bibir. Asyik soalan ni yang dia tanya. Nampak sangat ke aku tak suka dia? "
"Tak. Saya okey.
Hanif senyum.
"No Awak tak okey. " Tuduhnya. Aku cuba maniskan muka.
"Part mana yang tak okey? "
"Sekarang ni? Come on Fi, look at me. Dari tadi awak asyik pandang ayam dalam besen. "
"Dah saya basuh ayam. Bukan basuh Encik Hanif. "
Jawapan kalau tak fikir pakai otak macam tulah gaya dia. Aku dengar dia ketawa.
"Awak tak banyak cakap. " Ujarnya lagi. Dia cuba serang aku ke sekarang?
"Saya berharap bila perlu. Takkanlah hari² saya nak kena pergi bercakap dengan Encik Hanif? "
"Bukanlah macam tu. Saya perasan awak macan pelik kalau dengan saya. "
"Kita boleh rasakan kalau orang tu suka kita atau tak dan sekarang saya tak rasa awak suka saya."
"Saya sukalah. " Aku ketuk juga dia dengan kaki ayam.
"Tak. " Jawab dia sepatah.
"Suka. " Tegasku geram.
"Buktikan. "
"Maksud Encik Hanif? "
"Next week breakfast dengan saya dekat Gerai Molek. "
Aku diam. Kepala mula berfikir. Okey atau tidak?
"See? Macam ni gaya suka? " Dia seperti menghantar pandangan memang-sah-awak-tak-suka-saya.
"Fine. Tapi dengan syarat lepas ni tak nak lagi tanya soalan suka ke tak macam tadi. "
Hanif senyum lebar.
"Promise? "
Aku angguk. Dalam kepala mula merancang strategi. Akan kuangkat semua keturunan ahli Cacamarba ke Gerai Molek minggu depan. Apa susah?
"Fi, awak dulu sekolah dekat mana ya? "
Kaku tangan aku dalam besen yang dipenuhi ayam.
"Kenapa Encik Hanif tanya soalan tu? "
"Entahlah. Muka awak macam familiar. " Lagi dia pandang muka aku.
"Familiar macam siapa?" Saspens gila tunggu dia jawab soalan.
"Tak tahu. Tapi rasa macam kenal. Mungkin kita sama sekolah dulu? "
Aku gelak panjang. Walaupun jantung macam dah nak pecah. "
"What? " Hanif bingung.
"Tak mungkin. " Jawabku ringkas.
"Apa yang tak mungkin? "
"Kita sama sekolah. Kalau tak mesti saya saya kenal Encik Hanif. "
"Awak Boleh saja buat tak kenalkan?" Tajam pandangan mata dia pada aku.Seolah cuba membaca apa yang ada dalam kepala aku sekarang.
"Tak mungkinlah. Kenapa pula buat tak kenal? Biasalah tu ada tujuh orang wajah seiras dengan kita atas dunia ni." Aku jatuhkan pandangan pada besen dan mula fokus membasuh ayam. Kepala ligat berfikir tentang maklumat diri dekat HR department.
Masa isi borang kerja dulu aku ada tulis ke aku sekolah dekat mana?