THE PRESIDENT IS MY BELOVED WIFE .

THE PRESIDENT IS MY BELOVED WIFE .
21.salahkah ?



10 : 00 PM


Syerry : Sudah Adriean pergilah bawa Ariana berehat di bilik...mama akan uruskan semua ini dengan syirah..


Adriean melihat Ariana..." mari saya bawa awak berehat di bilik "


Ariana mengikut langkah Ariana ....


Adriean : masuklah buat macam bilik sendiri ... di atas katil itu beg dan telefon yang bonda kamu berikan...


Ariana dengan rasa penat terus duduk di atas katil dan mengambil telefon .... Adriean mengambil sebuah besen dan menuju ke bilik air ... Ariana merasa sedikit selesa apabila Adriean tidak kelihatan dan cuba berbaring di atas katil untuk seketika....


tidak sampai dua minit Ariana berbaring tiba-tiba matanya terlelap kerana telah melalui hari yang memenatkan apabila perlu berdiri seharian dengan kasut yang bertumit tinggi .... walaupun Ariana seorang artis dan penyanyi popular dan terkenal tetapi Ariana selalu mengenakan kasut yang membuatkannya lebih yakin berjalan di khalayak ramai yang memerhatikannya...


Wajah yang penuh dengan kepenatan terlihat di wajah Ariana... matanya yang tertutup tiba-tiba terbuka apabila merasakan sesuatu yang aneh di kakinya...Dia terus bangun dari katil walaupun dia terlalu penat...


Ariana : awak....awak buat apa ???


Ariana : ahhh... memang sekarang ni awak tengah buat perkara pelik pun.... kenapa awak pegang kaki saya ?? awak jangan macam-macam .... awak dah lupa ka perjanjian kita ?? lepaskan kaki saya atau saya jerik kuat-kuat...


Adriean : Jerik laa ... saya nak tengok sapa yang berani masuk bilik pengantin...hahaha


Ariana : hey .... jangan buat-buat tak ingat perjanjian kita...awak . .


Adriean : dahh...cukup...saya ingat janji saya....saya cuma nak lapkan air suam dekat kaki awak yang melecet supaya tak semakin teruk .... salahkah ?


Ariana melihat Adriean dengan rasa bersalah " saya..."


Adriean : dahh ... saya dah siapkan air suam dalam tab... pergilah mandi segarkan badan...saya nak tolong mama dekat bawah ok...?


Ariana : Okey..