
08:00 Am
Di kediaman Khaliq dan Aminah...
...
Tuan Besar Khaliq : sayang ... bagaimana tentang Ariana ??
Puan Besar Aminah : abang saya pun tak tahu apa yang akan berlaku....tapi dua hari yang lalu Syerry menelefon saya .,... dia bertanya tentang penetapan tarikh perkahwinan...saya cakap saya akan berbincang dengan Ariana dahulu... tetapi Ariana tidak memberi apa-apa kata putus ....
Tuan Besar Khaliq : baiklah biar saya menelefon Ariana sendiri ...
Puan Besar Aminah : apa...abang yang ingin menelefon...
Tuan Besar Khaliq : hum...
....
dring dring dring dring dring dring
...
Tuan Besar Khaliq : Ariana ?
Ariana : ye saya .... siapa disana ?
Tuan Besar Khaliq : ayahanda sedang bercakap ...
Ariana : ahh...aahhh ... kenapa ayahanda menelefon Ariana ada perkara penting berlaku?? syarikat ada masalah?? Ariana akan ke sana sekarang ...
Tuan Besar Khaliq : Ariana!?? adakah seorang ayah menelefon anaknya hanya ingin bertanya tentang kerja !! ??
Ariana : emmm...tak adalah biasanya bonda yang telefon Ariana...bukan biasa laa ... memang bonda yang akan telefon....nak tunggu ayahanda telefon Ariana memang kena tunggu bertahun macam sekarang ....heheheh ayahanda jangan marah ye ....jadi apa yang buat ayahanda telefon Ariana pagi-pagi buta ni...
Tuan Besar Khaliq : hari ni kan cuti .... jadi baliklah rumah ye... ??
Ariana : emmm... ayahanda Ariana rehat dekat kondominium jer ehh...lagi pun Ariana penat beberapa hari ni banyak sangat majlis malam... semalaman Ariana balik lambat... Ariana tak nak ganggu bonda dan ayahanda...
Tuan Besar Khaliq : baliklah sayang ... kita bincangkan tentang perkahwinan kamu...kamu dah setuju jadi keluarga pihak lelaki dah menelefon banyak kali bonda kamu nak bincangkan tentang tarikh perkahwinan dan sebagainya ... baliklah ye ...?
Ariana : ayahanda ... Ariana
Tuan Besar Khaliq : baliklah...kita bincang di rumah..
tup tup tup tup tup tup
...
di kondominium.
....
Ariana keluar dari biliknya dan melihat Lisa dan Mira sedang menantinya untuk sarapan pagi bersama-sama...
Ariana : Mira ...lepas sarapan kita ke rumah ayahanda ya...
Mira : baik Tengku ....
..
11 : 00 Am
...
Di kediaman Khaliq dan Aminah
....
Tuan Besar Khaliq : duduklah Ariana...
Ariana : emm..
Tuan Besar Khaliq : jadi bagaimana ??
Ariana : bagaimana apa ?
Puan Besar Aminah : sayang jangan buat-buat tidak tahu...
Ariana : apa bonda ...?
Puan Besar Aminah : tentang perkahwinan kamu sayang... bagaimana perancangan kamu....?? kamu dah fikirkannya ??
Ariana : belum !! Ariana tak fikirkan apa-apapun ...
Puan Besar Aminah : sayang kamu kan dah bersetuju jadi kenapa kamu tak fikirkan...??
Ariana : ye bonda Ariana setuju...tapi Ariana rasa bukan dalam masa terdekat...
Tuan Besar Khaliq : kenapa...
Ariana : ayahanda ... Ariana buntu...
Tuan Besar Khaliq : no ... kamu dah bersetuju jadi kamu perlu berkahwin dengan Adriean akhir bulan ni juga...
Ariana : ayahanda...kenapa tiba-tiba ayahanda cakap macam ni...
Tuan Besar Khaliq : ayahanda dah bagi kamu peluang untuk memilih lelaki yang akan mengahwini kamu Kann...kamu sudah memilih..Jadi kahwininya !!
Ariana : ayahanda .... !!
Tuan Besar Khaliq : Aminah bagitahu Syerry dan Aliando kita akan berjumpa esok !!
Ariana : cukup ayahanda .... cukup.... Ariana akan batalkan perkahwinan ini...
Tuan Besar Khaliq : ...kamu berani !!!
Ariana : yess I will...
Puan Besar Aminah : Ariana.....
Aniq Dan Am yang mencuri dengar perbualan mereka ... keluar dan cuba mempertahankan keputusan Ariana tetapi Khaliq tidak menghiraukan mereka dan berpaling menuju ke bilik bacaannya...
Puan Besar Aminah : sayang apa yang kamu katakan...??
Ariana : bonda Ariana tak tahu... Ariana buntu bonda... Ariana takut ... Ariana tak sanggup tolonglah Ariana bonda ... abang tolonglah Ariana takut.. tolonglah..
Aniq memeluk Ariana dan membawanya ke bilik untuk beristirehat...dan bila Aniq keluar dari bilik Ariana dia melihat ayahandanya bersiap...
Aniq Amsyar : ayahanda mahu ke mana...?
Tuan Besar Khaliq : Ariana bagaimana ??
Aniq Amsyar : Dia tertidur selepas penat menangis...
Tuan Besar Khaliq : jagalah adik kamu dengan baik... ayahanda ada sedikit kerja di luar ...
Aniq Amsyar : bukankah hari ini cuti ?
Khaliq tidak menghiraukan pertanyaan Aniq dan terus menuju ke pintu depan untuk menaiki kenderaan yang telah siap untuk bertolak ke tempat yang ingin ditujunya....
....