
20/12 Jumaat
Majlis Perkahwinan Presiden A&A Holding Dan Presiden Empayar Holding....Di kediaman Orang tua Adriean...
...
Di dalam kereta
...
Anna Aish : kita akan sampai sebentar lagi...30 minit ini kamu mampu mengubah keadaan...
Kamu perlu ingat Ariana misi kamu akan bermula tidak lama lagi...jadi kamu perlu berhati hati jika kamu mahu meneruskan perkahwinan ini...
Ariana : Kamu tidak perlu mengingatkan aku...Aku tidak pernah melupakan wasiat arwah atuk...
Anna Aish : baguslah jika kamu tidak melupakannya... tetapi beberapa detik lagi status kamu akan berubah... walaupun perkara itu mampu mengaburi pandangan musuh kita tapi bagaimana dengan Adriean....??
Ariana : Perkahwinan adalah sesuatu yang indah untukku ... Cinta adalah sesuatu yang berharga .... kepercayaan adalah keutuhan sebuah mahligai... Dan Adriean telah menjanjikannya...Jadi berdoalah agar perkahwinan adikmu ini bahagia dan kekal untuk selamanya...
Anna Aish : kamu percayakan Adriean dengan hanya kata-kata itu !??
Ariana : Tujuh tahun yang lalu kamu tahu yang aku telah jatuh cinta untuk kali pertama dalam hidupku...Dan lelaki yang mampu membuatkan hstiku sedikit terdetik adalah Adam F....Setiap kali dia menatap ku dengan penuh cinta aku akan tersenyum...tetapi Bila Adam Adriean menatap aku ...Dia juga menatap dengan penuh cinta dan keikhlasan tapi tatapan dia membuatkan aku memahami apa yang dia cuba sampaikan...Ya aku tidak tersenyum semasa dia menatap aku kerana hati aku berdegup kencang .....
Jadi apakah maksud semua itu Anna... adakah aku silap ?
Anna Aish : kali ini dengarlah isi hatimu...aku akan bersama kamu walau apa pun berlaku...
Aniq Amsyar : Kita sudah sampai ... ..
...
Pengantin perempuan tiba... Pengantin perempuan yang mengenakan gaun yang cukup cantik dan indah memukau semua tetamu yang hadir...tiada siapa mampu mengalihkan pandangan itu...
Ariana di iringi ayahandanya dan Aniq serta Am di kiri dan kanannya...
Adriean melihat Ariana dengan penuh perasaan dan hampir menitiskan air mata kebahagiaan...
Khaliq kemudian menyerahkan tangan Ariana kepada Adriean..
..
Adriean memegang erat memegang erat tangan Ariana..
" adakah kamu menerima Tengku Ann Ariana sebagai isteri kamu..."
Adriean : ya aku menerima..
" adakah kamu berjanji akan menjaganya dengan baik dan mencintainya dengan penuh kasih sayang.."
Adriean : aku berjanji ... aku berjanji akan menjaganya dengan baik dan mencintainya dengan seluruh hidupku....
Saat kata-kata itu diucapkan Ariana merasa begitu tersentuh...
" adakah kamu menerima Adam Adriean sebagai suami kamu :
Ariana : ya ..
" adakah kamu berjanji akan mencintai suamimu "
Ariana : Aku akan mencuba mencintainya seperti dia mencintaiku.
setelah mendengar perkataan itu Adriean melihat Ariana dan tersenyum...
para tetamu menyorak agar pasangan pengantin saling berciuman...
Adriean kemudian mendekati wajah Ariana ... Ariana tidak boleh mendorongnya di hadapan tetamu serta wartawan... Ariana menutup matanya...Dan bila Dia membukanya Adriean hanya mencium dahinya dan berbisik " jangan risau aku seorang lelaki yang jujur dan seorang lelaki yang menepati janji "
....
suasana begitu meriah... pelbagai jenis tetamu yang hadir...Para wartawan juga tidak ketinggalan...
Sudah tiga jam Adriean dan Ariana berdiri...
...
Adriean : kaki kamu okey ...
Ariana : hah...
Adriean : kaki kamu tidak sakit ?
Ariana : tidak ....
Adriean : kamu sudah tahu kamu akan berdiri seharian hari ini jadi kenapa tetap memakai kasut yang begitu tinggi...kenapa tidak memakai kasut yang sedikit rendah...
Ariana : ini adalah hari perkahwinan...bukan majlis makan malam...jawab aku adakah aku patut memakai pakaian yang tidak aku suka di hari perkahwinan aku sendiri...??
Adriean : iya ...iya... jangan marah ... wartawan sedang memerhatikan kita...
aku ingin bertanya ... adakah aku kelihatan handsome hari ini ?? -tersenyum- sinis-
Ariana : aku yang memilih pakaian ini jadi kenapa aku perlu memilih pakaian yang tidak sesuai untuk pasangan pengantinku..
Adriean : kamu sungguh pandai berkata-kata ya ...
Aku perlu memberi tahu sesuatu kepada kamu..
Ariana : apa...
Ariana : jadi...apa yang kamu cuba sampaikan?
Adriean : isteri sahabatku koma sehingga hari ini...Dan aku telah menjaga anaknya selama tiga tahun ini kerana sahabatku perlu merawat isterinya dan tidak ingin anaknya terganggu dalam aspek pembelajaran dan sebagainya...
Ariana : jadi mana anak itu...
Adriean : dia pergi menjenguk ibunya di negara M pada minggu lalu kerana cuti sekolah...
Ariana : Lusa sekolah akan buka kembali...jadi bila dia akan kembali ?
Adriean : Dia bernama ivan...Ivan sudah dalam perjalanan pulang ke sini... mungkin malam ini dia akan sampai bersama Auntie Dan uncle Aku yang berada di negara M ...
Selepas beberapa hari perkahwinan kita aku akan membawa kamu tinggal di rumah aku... Adakah kamu tidak keberatan jika Ivan terus bersama ku...
Ariana terdiam dan tidak mengatakan apa-apa..
Adriean : jika kamu tidak selesa aku akan menyuruh ivan tinggal bersama mama...
" jika Ivan tinggal bersama ... aku tidak akan merasa janggal tinggal dengan Adriean...dan mungkin aku akan mampu membuat alasan untuk tidak tidur sebilik dengannya..."
Ariana : tidak masalah...lagipun aku menyukai kanak-kanak...
Adriean : jika kamu telah mengatakan begitu ... baguslah..
....
5 petang
majlis terus dikunjungi oleh orang ramai... Adriean dan Ariana tidak sempat duduk dan berehat ...
...
8 malam
tetamu beransur pulang ....
..
Asisten Li : Tuan Presiden ... Tuan kecil telah sampai
Ariana : dimana dia ...?
Asisten : dia telah tertidur ...
Adriean : bawanya ke kamar Syirah .. biarkan dia berehat..
Asisten li : baik..
...
9 malam..
..
Syerry : Syukur semuanya telah selesai ... tetapi juga telah pulang...
Khaliq : kamu semua sangat penat...kami juga ingin mengundur diri...
Aminah : ya...kamu sudah bersusah-payah...kami sekeluarga pulang dulu ya..
Ariana : bonda... bolehkah jika Ariana ingin bercakap dengan bonda sekejap di sana...
Aminah : sekejap ya sayang...
Aniq : kalau begitu aku menunggu di kereta ya...
Aminah : ya
...
Di tepi kolam kediaman Aliando dan Syerry
..
Ariana memeluk Aminah Dengan erat dan menitiskan air mata...
Ariana : bonda aku takut...
Aminah : sayang kamu telah berkahwin...kamu tidak boleh seperti ini ...
Ariana : bonda huhu.....-menangis-
Aminah : ya ...bonda tahu kamu tidak pernah berada dekat dengan lelaki...tapi sekarang kamu sudah berkahwin sayang...mulai hari ini kamu perlu mendengar kata suamimu meminta izin suami jika ingin berbuat apa-apa...
Jika kamu masih tidak bersedia kamu berbincanglah dengan Adriean dengan baik...
Perkahwinan akan kekal jika kamu saling memahami antara satu sama lain...faham..
Ariana : bonda.....huhu.......
Aminah : dah....lap air mata kamu...bonda sudah penat ...bonda pulang dulu ya...
...
Ariana ditinggalkan oleh keluarganya dan Mira yang pulang atas arahan Aminah....
...