
....Masih di ruang tamu rumah Tuan Besar Khaliq...
Setengah jam berlalu tetapi tiada siapa mampu memberanikan diri untuk berkata apa-apa....dan tiba-tiba Adriean memberanikan diri untuk menamatkan pertemuan pertama mereka... " Tuan Khaliq dan sekeluarga saya rasa cukup sampai di sini dulu hari ini.. saya akan menunggu keputusan anda... walaupun apa pun keputusannya saya akan menerima dengan hati yang terbuka.."... Adriean dan Tuan Besar Aliando dan Puan Besar Syerry berdiri dan tiba-tiba...
Ariana : baik...
Puan Besar Syerry : terima kasih menerima kedatangan kami Ariana..Auntie akan menunggu keputusan kamu... seperti yang Adriean katakan kami akan menerima keputusannya dengan hati yang terbuka ... kami minta diri dulu.. - walaupun perasaan Puan Syerry sedikit sedih tetapi dia tetap tersenyum -
Puan Besar Aminah & Tuan Besar Khaliq : saya akan mengiringi kamu ke pintu depan ..
Tuan Besar Aliando dan Puan Besar Syerry : baiklah...
Semua yang berada di ruang tamu bangun dan menundukkan kepala untuk menunjukkan rasa hormat kepada Puan Syerry dan Tuan Aliando...tetapi belum sempat langkah Adriean dan Puan Syerry dan Tuan Aliando jauh dari ruang tamu... Ariana telah mengeluarkan kata-kata yang mengejutkan semua penghuni di ruang tamu itu...
Ariana : saya terimanya...
Anna Aish : Ariana !!!
Dengan nada yang tegas Anna Aish cuba menyedarkan Ariana ...
Ariana : Adriean !! saya terima lamaran awak !!
Adriean terkejut dan kaku mendengar kata-kata Ariana ... dan Adriean berkata " kamu tidak boleh menarik balik apa yang telah kamu katakan...aku akan melupakan apa yang aku dengar sebentar tadi ... berilah keputusan selepas kamu sudah berfikir dengan baik "
Ariana : tidak perlu mengarahkan aku !! aku telah mengatakannya ... dan aku tidak pernah menarik apa yang telah ku katakan !!
ADRIEAN hanya berbisik sendiri " perempuan kamu sungguh menarik .... " dan Adriean melihat Ariana dengan penuh keinginan...
Ariana : jika kamu ingin menarik balik lamaran ... aku tidak keberatan..dan aku akan lupakan niat mu datang kesini Harini...
Adriean : tidak perlu menyusahkan diri kamu untuk melupakan hari yang begitu bermakna ini !! aku ingin mengahwini kamu dalam masa terdekat .. jika kamu tidak mempunyai masalah akhir bulan ini ? bagaimana??
Aniq Amsyar : kamu !! Adriean tidakkah kamu keter...
Ariana : okey Baiklah ...
Aniq Amsyar : Ariana !!! stop it !!! kamu sudah lupa kamu masih memiliki keluarga ... kamu tidak boleh membuat keputusan sesuka hati seperti ini ....
Ariana : abang ... Ariana tidak pernah mengingkari permintaan abang..ayahanda ... bonda... mahupun nenek atau sesiapa pun tak pernah...apa yang abang perintahkan Ariana lakukan segalanya tanpa sebarang pertanyaan Kann ....kali ini... cuma kali ini Ariana minta biarkan Ariana tentukan masa depan Ariana sendiri.... jadi jika apa-apa berlaku Ariana tidak akan salahkan sesiapa kecuali diri sendiri..okey... Ariana minta maaf Auntie Sherrry uncle Aliando ... Ariana tidak sedap badan Ariana minta diri ke bilik dahulu...sekali lagi Ariana minta maaf ya...jika ada pertanyaan tanya saja pada bonda... Ariana serahkan semuanya pada bonda tentang perkahwinan ini !! Ariana ke bilik dulu.....
Aniq Amsyar : saya tidak benark.....
Tuan Besar Khaliq : cukuplah Aniq ... dengarlah permintaan Ariana kali ini.... baiklah Aliando ... Syerry Adriean mari uncle hantar kamu ke depan...
Tuan Besar Aliando dan Puan Besar Syerry : baiklah
....
Di pintu depan rumah Agam Khaliq dan Aminah...
Puan Besar Aminah : Aliando... Syerry...Adriean ketegangan yang berlaku hari ini saya minta kamu semua jangan tersinggung ya.... Ariana adalah anak bongsuku jadi abang-abangnya dan Anna jadi....
Tuan Besar Aliando : Halah...aku memahaminya Aminah jangan risau ...lagipun ini terlalu terburu-buru...jadi apa yang dilakukan abangnya wajar...tapi jika tuan badan sudah bersetuju kita mengiyakan saja kan...hahahhahaha
Tuan Besar Khaliq : hahahahaha....betul tu...jadi jika ingin berbincang tentang hal seterusnya datang saja...rumahku selalu terbuka untuk keluargamu... -sambil menepuk bahu Tuan Besar Aliando-
Tuan Besar Aliando : baiklah kamu jangan risau ... aku akan berbincang dengan Adriean tentang ini dengan serius....
Asisten Li berbisik pada Adriean bahawa dia masih perlu ke suatu tempat untuk menyelesaikan satu perkara...
Adriean : Uncle ... auntie saya masih punya sedikit kerja saya minta diri dahulu ...
selepas berpelukan dengan Khaliq dan Aminah Adriean dan Asisten Li menuju ke keretanya...Adriean melangkah dengan cepat tanpa diduga dia berpaling dan melihat sepasang mata yang tidak asing sedang memerhatikannya dari rumah agam Khaliq itu di tingkat dua.... Adriean tidak mengalihkan pandangannya dari melihat sepasang mata yang sedang memerhatikannya dengan penuh kebencian...namun sepasang mata itu hilang selepas Adriean berpaling ke arah asisten Li seketika...
Asisten Li : Tuan Presiden adakah kita boleh bergerak sekarang ??
Adriean : hurm..
.....
Selepas beberapa jam asisten pribadi Ariana datang dan membawanya ke kondominium miliknya...sampai di kondominium Ariana terus menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa yang mewah .... Ariana kemudian melihat asisten pribadinya dengan pandangan ingin tahu ....dan asisten pribadinya terus memulakan perbicaraan mereka..
" Tengku ada sesuatu yang tidak kena setelah kita kembali ke sini .. pergerakan Tengku sedang diperhatikan ... semalam saya mendapat khabar dari Doktor Sofea bahawa fail pribadi kesihatan Tengku telah diselongkar ..dan beberapa hari yang lalu ada seseorang menyelinap ke kondominium Tengku....tiada barang hilang dan sebagainya... walaupun perbuatan mereka itu terlalu bersih dan profesional kita tetap mampu mengesannya dengan baik...
Ariana : biarkan mereka berkerja lebih masa mira ...mungkin mereka akan menjaga saya dengan baik..jadi gunakanlah masa ini sebaiknya untuk kamu berehat Mira...
Mira : baik Tengku ...
Ariana : apa yang saya inginkan ... sudah ada ?
Mira : sudah... semua yang berkaitan dengan Presiden A&A holding berada di dalam pendrive yang saya berikan kepada Tengku... pendrive itu bukan sahaja memiliki profile Presiden A&A Holding bahkan tentang keluarganya dan seluruh profile pekerja yang langsung atau tidak langsung semuanya berada di dalam pendrive itu....
Ariana : kamu memang tidak pernah menghampakan saya Mira .... sudah lama kamu bersama saya .... saya yakin keluarga saya mahupun sesiapa pun tidak mampu mengenal saya dengan baik...tapi kamu mampu mengenali saya dengan baik....jadi saya ingin kamu menjawab saya dengan jujur adakah apa yang saya lakukan sebentar tadi salah ? jujurlah ....
Mira : Tengku ....saya tahu Tengku tidak pernah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan dari pelbagai aspek...tapi ini mengenai hati dan masa depan Tengku sendiri .... bukan sekejap tapi selamanya status Tengku akan berubah....Tengku tahu saya sangat menyayangi Tengku jadi hanya kali ini saya mohon Tengku memikirkannya dengan lebih serius... tolonglah -berharap-
Ariana : adakah hati akan berubah ??
Mira : mungkin ...
Ariana : jadi apa yang berlaku empat tahun yang lepas hanya kerana hati yang berubah kerana wang !!!??? bagi tahu saya Mira adakah itu kerana hati yang telah berubah ???
nada percakapan Ariana bertukar menjadi pemarah dan memaksa Mira menjawabnya dengan paksaan...
Mira : Tengku .... bersabar bawa bertenang ....saya tidak berniat untuk mengungkit kisah lalu.... maafkan saya..
Ariana terdiam dan cuba kembali kepada asal...
Ariana : sudah cukup lama Mira ...begitu lama saya cuba meletakkan ubat kepada luka ini tetapi luka yang saya terima terlalu sulit diubati ...... dan hari ini saya mungkin cuba untuk mengulangi perkara dan luka yang sama .... adakah ini takdir saya !!?? hahhaha
Mira : Tengku keperibadian Encik Adriean sungguh berbeza .... dan saya juga dapati dia adalah salah seorang yang dikhianati oleh cinta beberapa tahun yang lalu....dan setelah itu tiada lagi khabar Encik Adriean bercinta atau sebagainya dengan mana-mana perempuan
....
Ariana : jadi kamu ingin mengatakan bahawa Adriean seorang yang menghargai cinta ??
Mira : Tengku ... jika Tengku masih belum bersedia untuk menghadapi mana-mana lelaki batalkan lah persetujuan perkahwinan dengan segera semuanya masih belum terlambat....
Ariana : jika saya tidak berkahwin dalam masa terdekat kamu tahu apa yang nenek akan lakukan !?!
Mira : saya juga tahu bahawa Tengku tidak seperti dulu lagi...
Ariana : empat tahun yang lalu dia telah memalukan saya di depan seluruh keluarga lion ....dan menghancurkan kepercayaan saya pada cinta !! menjanjikan wang untuk menutup cinta ....ia adalah satu penghinaan yang cukup hebat .... dan sekarang dia kembali untuk meraih cinta dengan menggunakan nenek ........
Mira ....pastikan dia menghargai semua yang dimilikinya sekarang .... dan jangan pernah melukai nya dengan tangan kamu...kerana hanya aku boleh menyentuhnya...faham !!
Mira : baik Tengku .... tapi bagaimana dengan perkahwinan ini ... adakah Tengku ingin membatalkannya...
suasana sekali menjadi tegang.....
Ariana : tidak ...
Mira : tapi Tengku ... Tengku tahukan A&A Holding adalah syarikat kedua berkuasa dan A&A Holding juga adalah pesaing yang paling berbahaya untuk Gonzalez Holding....
walaupun syarikat kita Empayar Holding telah berjaya memiliki pelbagai kejayaan ... adalah mustahil untuk menahan serangan dari A&A Holding .... bahkan A&A Holding mampu melenyapkan Empayar Holding dengan pelbagai cara...situasi tidak akan menyebelahi kita kecuali Tengku mempunyai bantuan dari Gonzalez Holding...tapi saya tahu Tengku tidak akan pernah menggunakan perusahaan keluarga untuk kepentingan diri sendiri...
Ariana : Mira tidakkah kamu berfikir bahawa aku akan berkahwin dengan Presiden A&A Holding ...bukan berperang....jadi kenapa A&A Holding perlu memusnahkan syarikat kita...
Mira : a.....
05:22 pm
Ariana : Aku lapar ... Mira pergi ke bawah dan belikan sesuatu...aku mahu tidur sekejap ...
Mira terkejut dengan perkataan lapar sedangkan Ariana tidak pernah makan pada waktu seperti ini...tetapi dia tidak mengatakan apa-apa dan keluar untuk membeli makanan..
Ariana bangun dari sofa dan menuju ke bilik tidurnya di sebelah kanan manakala di sebelah kiri adalah bilik Mira ....
walaupun Ariana tidak menunjukkan riak wajah yang tertekan dan sebagainya tetapi tetap sahaja dia juga terkejut dan tertekan dengan pelbagai perkara yang menimpa dirinya hari ini...
" hari yang memenatkan ... aku mahu tidur sebentar dan berharap mungkin semua yang berlaku hari ini hanya mimpi "
Ariana meletakkan kepalanya di katil dan terus tertidur... beberapa saat sahaja berlalu tetapi ada seseorang lelaki yang tinggi dan memiliki wajah yang tidak asing pada Ariana...Lelaki itu membuka pintu biliknya dan mendekati wajahnya....dan Ariana memberitahunya..." siapa kamu...kenapa lelaki boleh memasuki bilik perempuan kamu mahu mati !?? "
lelaki itu terus membalasnya " wahai perempuan kamu begitu suci ya...begitu takut lelaki memasuki kamar MU..." .... " Ariana : kamu lelaki ...semua sama ...jahat...bodoh....tidak berfikir panjang " Ariana kemudian mengeluarkan air mata dan meneriak..." aku benci manusia tidak boleh jujur .... aku benci lelaki .... pergi matiiiiiiiii " Ariana juga mengalirkan air mata tanpa henti dan lelaki itu memeluknya dengan erat...selepas beberapa saat Ariana terlena dalam pelukan lelaki itu.....