THE PRESIDENT IS MY BELOVED WIFE .

THE PRESIDENT IS MY BELOVED WIFE .
19 : aku serius...



...


Di Empayar Holding..


.. ..


tok tok tok


.. ...


Mira : Tengku .... wakil dari Jeguk Holding sedang menunggu di bilik mesyuarat...


Ariana : Baik...saya akan kesana sekarang...


..


Bilik mesyuarat Empayar Holding


...


Ariana terkenal dengan keperibadian yang dingin dan berdisiplin di Empayar Holding...tidak semua pekerja berani berkomunikasi dengannya dan Hanya segelintir pekerja sahaja yang boleh memasuki Pejabatnya..


Setiap kali mesyuarat itu adalah masa paling pahit untuk pekerja Empayar Holding..


Wakil Jeguk Holding : Presiden saya sudah menyiapkan semua dokumen tentang pembangunan hotel berkembar di Daerah Jeon... Tiada sebarang masalah yang akan berlaku...


Ariana : Emm...Saya mahu projek ini tidak akan mengalami apa-apa masalah...bulan depan saya mahu mendengar khabar yang baik ...faham !!


Wakil Jeguk Holding : baik Presiden...


Ariana : jika tiada apa-apa lagi ...kita tamatkan mesyuarat kita untuk hari ini.....


" baik..."


...


Bilik Presiden Empayar Holding


...


Ariana : Mira saya tidak ingin ada apa-apa gangg*uan...jadi jangan izinkan sesiapa masuk...jika ada perkara penting sahaja kamu masuk...


Mira : baik Tengku..


...


06 : 00 PM


Lisa : kenapa Tengku tak keluar lagi ...?? ada sesuatu berlaku ?


Mira : mungkin sedang menyiapkan kerja yang tertangguh...


Lisa : ialah...tapi sekarang dah pukul 6 ... Tengku juga belum makan tengahari ...


Mira : Tetapi moodnya tidak berapa baik...jadi saya tidak ingin menganggunnya...


...


Pintu Bilik Presiden Empayar Holding terbuka...Lisa dan Mira terkejut dan melihat Ariana keluar dari biliknya dan terus melangkah pergi sambil berkata " cepat ... hantar aku ke kondominium " Mira terus menuju ke tempat parking kereta....


...


Di kondominium Ariana


...


Sampai di kondominium Ariana terus menuju ke biliknya...Dia membersihkan diri dan terus tidur kerana terlalu penat...


....


"hurm...dah pagi... siapa yang membuka tingkap "... Ariana berpusing ke kiri dengan mata tertutup dan mendapati tangannya seperti tersentuh kulit seseorang... walaupun mata Ariana berat tetapi dia tetap membukanya untuk apakah yang dia sentuh..


Membuka mata dengan perlahan-lahan dan melihat seorang lelaki berada dekat disampinnya.." hah..ka..kamu kenapa kamu boleh berada di katil aku "


lelaki " ya ...kamu sudah bangun sayang.."


"kamu ...kenapa kamu boleh berada di disini... Mira Mira ke sini "


Lelaki : sayang kenapa kamu memanggil Mira..aku tidak memakai baju sekarang ....itu tidak baik...aku hanya mengizinkan kamu melihat badanku bukan perempuan lain...


" cukup ... berhenti " Ariana cuba bangun dari katil namun Lelaki tersebut memegangnya..." kamu mahu apa ... lepaskan..


lelaki ," kamu betul-betul tidak tergoda dengan aku..?


" tidak...tidak ... lepaskan..."


lelaki tersebut memadam jarak antaranya dan Ariana ...


" kamu ...kamu terlalu dekat... tolong lah menjauh dariku...aku tidak boleh bernafas dengan baik"


Lelaki tersebut kemudian mendekati wajah Ariana dan menatapnya dengan penuh keasyikan...dan kemudian lelaki tersebut menciumnya dengan penuh keinginan... Ariana mendorong lelaki itu dengan kuat tetapi lelaki itu tidak berganjak dan lama kelamaan Ariana hanyut dengan ciuman bersama lelaki itu.... beberapa minit kemudian lelaki itu berhenti mencium Ariana .... Ariana tidak berkata apa-apa selain melihat lelaki itu...


Lelaki itu sekali mendekat dan berbisik kepadanya " kamu tidak lagi menolak ciumanku... adakah kamu juga menginginkannya.." Ariana tidak membalas kata-kata lelaki itu seperti biasa dan hanya melihatnya sahaja...lelaki itu kemudian mencium dahinya dan sekali lagi berbisik...," aku sangat menyayangi kamu jadi aku tidak akan menyakitimu...ini hanya sedikit pengajaran agar kamu sedikit patuh dengan aku ya..."


Lelaki tersebut sekali lagi cuba mencium Ariana ...dan Ariana tidak lagi mendorongnya ... Ketika bibir lelaki itu semakin hampir dengan bibirnya.. Ariana menutup mata ....


...


8:30


tok tok tok tok tok


..


Mira : Tengku .... sudah jam 8 pagi... marilah sarapan bersama...


setelah mendengar suara Mira ...Ariana membuka matanya dan mendapati tiada sesiapa di bilik itu kecuali dirinya sahaja....


Ariana : huh... baguslah hanya mimpi.....Di dalam kehidupan nyata kamu membuat hati aku tidak tenang ... dan di dalam mimpi kamu mahu membuat


aku patuh kepada kamu ya Adriean...


Walaupun sebelum ini aku pernah bercinta tetapi aku tidak pernah sehingga bermimpi bertemu mana-mana lelaki...aku harap kamu mendengar jangan penah menyakitiku Adriean dan janganlah pernah menipuku...berilah aku masa untuk aku mencintai kamu seperti kamu mencintai aku...


..


..


di meja makan


...


9 pagi


Mira : Tengku sudah beberapa kali Puan Besar Aminah menelefon saya...Puan menyuruh saya membawa Tengku ke butik pengantin untuk mencuba gaun perkahwinan pada pukul 11 pagi... Puan Besar Aminah dan Puan Syerry akan menunggu Tengku disana...


Ariana : Adriean juga kan berada di sana ?


Mira : Puan Besar mengatakan bahawa Encik Adriean mempunyai mesyuarat penting jadi tidak boleh kesana....itu adalah sesuatu yang bagus bukan..


Ariana terdiam dan berbisik pada diri sendiri " dia tidak akan datang......aku mempunyai nombor telefonnya tetapi Adriean tidak mempunyai nombor telefon aku..."


...


...


Bilik mesyuarat


...


tiada sesiapa berani membuat bising jika berada dalam bilik Mesyuarat bersama Tuan Presiden yang penuh dengan aura dingin dan terkenal dengan keperibadian yang tegas dan menakutkan...


tip tip tip..


bunyi sms masuk... penghuni yang berada di bilik mesyuarat tersebut memandang antara satu sama lain dan menitiskan peluh....tetapi ketakutan mereka sedikit reda apabila bunyi sms tersebut datang dari telefon Presiden mereka...


Adriean mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan membuka sms tersebut..


para penghuni bilik mesyuarat tersebut memandangnya dengan penuh rasa ingin tahu..


sms


9:20 pagi


nombor tidak dikenali : bonda menyuruh ku ke butik pengantin... kerana perlu mencuba gaun pengantin untuk perkahwinan nanti...


Aku dalam perjalanan ke sana sekarang...


Adriean : baik...aku akan sampai ke sana sebentar lagi...


nombor tidak dikenali : emm... jangan lambat !!!


Adriean : baiklah..


...


selepas membalas sms itu Adriean tersenyum...para penghuni bilik mesyuarat terkejut dan teruja...


Adriean : kita sambung mesyuarat di lain masa....


setelah mendengar perkataan itu para pekerja begitu terkejut kerana Adriean tidak pernah membatalkan atau menyambung Mesyuarat untuk kali kedua..... dan ini adalah mesyuarat terpenting ... telah ditangguhkan begitu sahaja... siapakah yang menghantar sms itu.... adakah ibu Presiden... tetapi sebelum ini jika ibu Presiden menelefon Tuan Presiden bahkan mengabaikannya...


....


butik pengantin


...


Ariana turun dari keretanya dan memasuki butik mewah itu...ketika dia masuk dia mendapati Adriean telah sampai...


Adriean : sudah sampai !!


Ariana tidak menghiraukan Adriean dan menghampiri bondanya dan Auntie syerry....


semasa Aminah dan Syerry sibuk memilih pakaian mereka... Adriean menghampiri Ariana di sofa sebelah kiri yang sedang asyik memandang telefonnya...Jarak antara mereka berdua tidak banyak...


Ariana : jaga jarak kamu..


Adriean : ok....kamu sedang apa...kenapa begitu khusyuk memandang Telefon..


Ariana : aku sedang membaca berita online...


Adriean : Jadi kamu sudah membaca artikel tentang kita...


Ariana : ya....kamu ahli business dan aku artis... jadi paparazi tidak akan melepaskannya...


Adriean : jadi apa yang kamu mahu aku lakukan..mahu aku menghapus semua artikel tentang kita..??


Ariana : gosip kita akan berkahwin itu betul tidak salah bukan?? kenapa mahu memadamkannya...kamu tidak mahu orang tahu kamu akan berkahwin...


Adriean : tidak bukan itu maksud ku...aku cu...


Ariana : ini adalah sebuah perkahwinan bukan main-main tapi betul-betul...aku kalau boleh hanya ingin berkahwin sekali dalam hidupku...aku tidak ingin perkahwinan ini seperti permainan semata-mata...jika kamu serius tentang perkahwinan ini jadi janganlah ...


Adriean : okey..dah aku minta maaf...aku serius tentang perkahwinan ini... jangan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati....


jadi itu nombormu yang sms kepada aku...


Ariana : emm..


Adriean tersenyum gembira...Li hanya melihat Presidennya yang setiap saat begitu dingin telah bertukar menjadi kucing yang jinak apabila bersama Ariana...


...


" ok setuju ...kami pilih warna biru laut .... okey "


..


Syerry : Adriean Ariana apa kata kamu berdua hantar mama dan bonda kamu pulang menaiki kereta yang sama..


Ariana : tapi...


Aminah : kita boleh berbincang tentang hal perkahwinan...boleh ya..


Adriean : tidak ada masalah ...


...


Ariana dengan terpaksa menerima pelawaan itu...


...


Di dalam kereta Adriean...


Adriean duduk di bahagian pemandu dan sebelahnya adalah Ariana... Aminah dan Syerry duduk di belakang...


Syerry : Adriean ...perkahwinan kamu sudah tidak lama... beberapa hari sahaja lagi. ...jadi kamu perlu menjaga kesihatan dengan baik...


Adriean : kamu seharusnya tinggal di rumah bonda kamu ....agar kamu terjaga dengan baik...ya


Ariana : aku masih ada beberapa kerja di pejabat...


Aminah : Ariana ...apa yang Adriean cakap itu betul...bakal pengantin perlu berada di rumah untuk beberapa hari...


Ariana : okey petang nanti Ariana akan pulang ...


...


...


...


sehari sebelum majlis perkahwinan Ariana dan Adriean telah mengumumkan di media sosial mereka akan berkahwin esok .... Mereka disatukan dengan restu dari kedua belah pihak dengan baik...


Ramai peminat yang merestui hubungan Ariana kerana Adriean juga adalah lelaki idaman di negara itu...tidak heran mengapa mereka menyetujui....


Dua- dua pasang sangat sepadan ... kedua-dua mereka mempunyai wajah yang sempurna dan berasal dari keluarga yang tidak asing untuk semua penggemarnya..


Hari perkahwinan tiba....


Majlis perkahwinan diadakan di rumah agam Aliando dan Syerry...


Apakah akan berlaku di majlis perkahwinan mereka, ..?? adakah perkahwinan ini akan berlangsung dengan jayanya ataupun sebaliknya* ???