
Aku mahu ketemu orang tuaku.
Kamu tinggal di mana?
Rumahku di atas bukit itu.
Anak kecil itu menunjuk ke istana yang terdapat di atas bukit yaitu Castle Aberdeen. Di pikiran De Vincent, anak itu cuma anak pembantu atau orang yang bekerja di istana karna anak kecil itu berpakaian kusut dan kotor.
Ayoh! Saya bawa kamu ke sana. Nanti kamu bisa ketemu orang tuamu.
Setelah 5 jam berjalan dan menaiki bukit itu, akhirnya De Vincent sampai di hadapan pagar istana itu. Sebaik sahaja pengawal melihat De Vincent, mereka terus menyerangnya dan menangkapnya. Anak kecil itu pula di bawa masuk ke dalam istana. Tetapi De Vincent di jadikan sebagai tahanan dan telah dipenjarakan.
De Vincent telah disiksa dan dipukul berulang kali karana tidak menjawab soalan dari General Eric.
Dengan siapa kamu bekerja?
Sa...ya...tidak bekerja dengan siapa-siapa. Kata De Vincent dengan nada yang lemah.
General Eric menumbuk dan menendang perutnya. Lalu dengan suara kuat, garang dan lantang menanyakan soalan.
Jawab! Siapa tuan kamu? Kenapa kamu menculik Tuan Putri Floryn?
De Vincent kaget selepas mengetahui anak kecil yang dibawanya merupakan tuan putri.
Saya tidak tahu! Saya hanya ingin membantunya.
Ahhh! Panas! Apa salahku? Aku cuma ingin menolong anak kecil. De Vincent melolong sambil menangis kesakitan.
Berhenti! Ada suara dari luar penjara.
Bebaskan dia! Dia orang yang sudah membantu putriku!
Orang yang menyuruh De Vincent dilepaskan adalah bapak kepada putri Floryn yaitu King Belerick. General Eric melepaskan kedua-dua rantai yang mengikat De Vincent.
Tubuh De Vincent menjadi lemah karna telah disiksa. Dia jatuh ke lantai dan pingsan. Sebaik sahaja dia bangun, dia melihat tubuh dia dibalut dengan kain dan dia dapat mencium bau herba-herba.
Dia melihat sekeliling, di tepi katil ada putri Floryn yang lagi sedih melihatnya. Dia menangis sambil memegang tangan De Vincent. Floryn melihat De Vincent dan dia tersenyum karna De Vincent sudah bangun. Secara perlahan-lahan, De Vincent mengangkat tangannya dan mengusap kepala Floryn.
De Vincent mengambil masa berbulan-bulan untuk sembuh dan hubungan dia dengan keluarga putri Floryn semakin akrab. Selepas aja De Vincent sembuh, King Belerick memberikan ganjaran emas sebagai ganjaran karna sudah menyelamatkan anaknya. De Vincent mengambil keputusan untuk menggunakan emas itu sebagai modal dia berdagang.
Lima tahun sudah berlalu, perdagangan De Vincent semakin maju. Dia pulang ke kota asalnya yaitu City of Elf sebagai Marquis De Vincent. Dia menjadi salah seorang bangsawan yang terkaya dan terkuat. De Vincent dikatakan telah menuntut ilmu hitam dan menjadikannya kuat dan memiliki kuasa ghaib.
De Vincent telah melawat Castle Aberdeen dan ingin melamar Putri Floryn. Tetapi lamarannya telah ditolak secara halus oleh King Balerick. Hal itu membuat De Vincent marah dan dia telah menawan Castle Aberdeen dengan kuasa yang telah dimiliki olehnya.
De Vincent telah menuntut ilmu hitam semasa dia menjalankan perjalanan sebagai seorang pedagang. Ilmu itu pada awalnya digunakan untuk membantu dirinya dan orang lain. Tetapi disebabkan sifatnya yang mulai tamak telah menukarkan De Vincent menjadi orang yang kejam.
Dia telah membunuh semua yang tinggal di Castle Aberdeen kecuali putri Floryn. Castle yang pada awalnya berwarna putih, sudah bertukar menjadi merah seperti darah. De Vincent telah menguasai Castle Aberdeen dan menjadi pemerintah dan menukar kota tersebut kepada Ruby dan castle itu dihiasi dengan Ruby berwarna merah seperti delima.