
Carmilla Ansac
Seorang anak bangsawan yang cantik dan memilik sifat yang sopan santun dan lemah lembut. Dia merupakan anak daripada pasangan Ansac. Bapaknya Earl Ansac dan Bella Ansac. Carmilla begitu gemar menonton teater di Castle Aberdeen. Di situ juga merupakan tempat pertemuan antarnya dan sosok pria yang dicintainya.
Cecilion De Vincent
Vampir yang sudah hidup ratusan tahun. Meskipun Cecilion merupakan seorang vampir, tetapi dia tidak kejam. Sifatnya yang romantis telah menawan hati Carmilla. Cecilion mempunyai kekuatan yang sangat hebat tetapi pria itu tidak menggunakan kekuatannya untuk mencelakai orang. Cecilion tinggal di Castle Aberdeen dan merupakan seorang aktor Opera. Suara dan perilakunya yang menawan telah memikat banyak gadis-gadis muda di desa itu.
Earl Ansac
Bapa kepada Carmilla, juga merupakan seorang bangsawan dan susur jalurnya dari keturunan raja. Tetapi Earl hanyalah anak dari gundik dan tidak mampu untuk menerima tahta layaknya seorang pemerintah. Earl menggunakan Carmilla sebagai alat politik dengan mengawini putrinya dengan seorang anak bangsawan.
Alice De Vincent
Alice merupakan ahli sihir yang terkuat dan mempunyai ilmu gaib yang mampu menyakiti siapapun. Dia mempunyai sifat yang kejam serta tiada belas kasihan kepada manusia. Alice tidak suka pada manusia karna baginya manusia itu memiliki hati yang jijik dan materi. Keponakan Alice adalah Cecilion dan umurnya lebih tua dari Cecilion. Dia juga tinggal di Castle Aberdeen.
Thamus De Vincent
Bella Ansac
Bella mempunyai sifat yang lemah lembut dan merupakan ibu yang penyayang. Dia tidak bersetuju dengan suaminya untuk mengawini putrinya dengan orang yang dia tidak cintai. Bella tidak mahu kehidupan putrinya menjadi sepertinya yang terkontrol dan tidak bebas.
Castle Aberdeen
Tempat tinggal keluarga De Vincent dan juga merupakan tempat bermulanya cinta antara Carmilla dan Cecilion. Castle ini menganjurkan show Opera. Peran utama bagi Opera itu adalah Cecilion dan Opera itu dikunjungi oleh berjuta-juta penonton yang bangsawan. Pertunjukan Opera hanya satu kali sebulan.
Keluarga Ansac
Ahli keluarganya hanya tiga orang sahaja yaitu Carmilla, Earl dan Bella. Bangsawan yang mempunyai darah raja dan menjalani bisnis menjual kain. Mereka merupakan antara keluarga yang terkaya dia Embrace of Night. Namun, kehidupan keluarga itu tidak seceria yang diperlihatkan kepada orang ramai. Semasa di luar mereka hanya memakai topeng sebagai keluarga bahagia. Tetapi apabila di Villa Ansac, segala kebahagiaan itu hilang dan menjadi keluarga yang suram.
Keluarga De Vincent
Keluarga De Vincent, kekayaannya tidak kalah keluarga Ansac. Keluarga ini dipenuhi misterius dan tiada siapa yang mengetahui asal usul mereka dan mereka tidak suka bergaul sama bangsawan yang lain. Banyak rahasia dari keluarga De Vincent yang tidak diketahui orang ramai. Castle Aberdeen merupakan tempat tinggal keluarga De Vincent. Dan castle itu berada di tengah danau dan hanya dibuka semasa Opera Cecilion. Perjalanan untuk ke Castle itu harus mengambil masa 3 hari dengan menaiki kereta kuda. Castle itu berlantai mar-mar dan di dindingnya dihiasi dengan Ruby berwarna merah.