Castle Aberdeen

Castle Aberdeen
CH 3



Nak! Kita bincangnya di rumah ya? Sini ramai orang asing. Ibu Arlot berkata sambil melihat Carmilla.


Kedua-dua ibu dan anak membisikkan sesuatu tetapi tidak didengar oleh Carmilla. Kemudian ibu Carmilla memasukkan sesuatu ke dalam kantung baju Arlot. Lalu Arlot dengan senyuman sinis berjalan mendekati Carmilla dan memegang tangannya dan mencium.


Maaf sayangku! Aku membiarkan kamu berdiri dengan lama disini. Ayo kita masuk ke dalam istana.


Keduanya berjalan untuk masuk ke dalam istana tetapi mereka dihalangi oleh penjaga pintu istana.


Sila kenalkan diri anda. Keluarkan surat jemputan ke Castle Aberdeen.


Mereka memperkenalkan diri dan menunjukkan surat jemputan yang telah diterima oleh mereka. Tetapi pengawal itu masih tidak membenarkan mereka masuk.


Kenapa? Ada apa lagi? Kamu tidak kenal keluarga Austin? Kami keluarga yang terhebat di empire ini. Kata Arlot dengan nada yang marah dan sombong.


Carmilla memegang erat dan mencubit lengan Arlot.


Ah! Sakit!


Maaf ya tuan pengawal. Pasangan saya tidak tahu peraturan istana ini.


Carmilla mendekatkan mukanya ke telinga Arlot lalu berbisik.


Dasar lelaki goblok! Untuk masuk ke istana ini...kamu perlu bersumpah dan meneteskan darahmu di depan pintu istana. Kalau enggak kamu akan ditimpa malang dan mati dalam keadaan tragis.


Arlot dengan wajah yang marah. Tidak berkata-kata dan hanya menatap dua orang pengawal itu.


Carmilla menundukkan kepalanya dan mengangkat sumpah.


Aku Carmilla Ansac bersumpah tidak akan membongkar sebarang kejadian yang berlaku di dalam Castle Aberdeen. Selagi ada bulan dan bintang, sumpah aku tidak akan terbatal. Nyawaku adalah milik keluarga De Vincent.


Camilla mengangkat kepalanya dan berjalan masuk ke dalam istana. Arlot ingin mengikut Carmilla tetapi terhalang dengan pengawal pintu.


Carmilla berjalan di dalam Castle itu dan melihat Castle itu di hiasi dengan perhiasan yang unik, aneh dan misteri. Dinding-dinding Castle diukir dengan corak dan tulisan yang tidak pernah dilihat olehnya. Secara tiba-tiba muncul seorang butler.


Selamat datang ke Castle Aberdeen milik keluarga De Vincent. Puan mahu minum apa?


Jus lemon muncul secara tiba-tiba di tangan butler itu dan dia menyerahkan kepada Alice. Alice agak kaget kerana jus itu muncul secara tiba-tiba.


Mari puan! Ikut saya. Puan boleh manggil saya dengan nama Vin.


Ok Vin! Kamu boleh panggil saya dengan nama...


Carmilla Ansac. Suara yang datang dari belakang Carmilla.


Carmilla berpusing dan melihat tetapi dia tidak melihat siapapun. Apabila dia berpusing semula melihat Vin, dia kaget karna yang berada di hadapannya ialah Alice dan bukannya Vin. Dia melihat sekeliling untuk mencari Vin tetapi dia tidak melihatnya. Alice memegang wajah Carmilla lalu tersenyum.


Cantik juga kamu...suka sama Castle ini?


Suka...err Ratu Alice.


*Panggil aku Alice. Gak usah ratu bagai. *


Baik Alice.


Kamu mahu tinggal disini?


Carmilla agak kaget selepas mendengar pertanyaan Alice. Dia menundukkan wajahnya ke lantai dan dia melihat lantai yang dihiasi dengan permadani berwarna merah.


Kamu mahu tinggal di sini?


Hmmm ngak Alice...aku mahu tinggal bersama-sama dengan keluargaku.


Mahu atau tidak itu bukan kamu yang tentukan. Takdir sudah tertulis dan kamu perlu ikut. Sampai kita berjumpa lagi ya Carmilla De Vincent. Hahahaha!


Alice ketawa jahat lalu meninggalkan Carmilla. Tetapi Carmilla coba untuk mengejar Alice. Pada awalnya dia berjalan perlahan tetapi semakin lama bayangan Alice tidak lagi kelihatan dan Carmilla sampai di satu lorong yang gelap.


Carmilla De Vincent. Kedengaran suara dari belakang Carmilla.


Jangan lupa like dan komen ya...Nanti bakalan ada updatenya lagi😘